Bawak Kereta ke Thailand Naik Feri Di Pengkalan Kubor Kelantan Ke Tak Bai 2019
Nak bawak kereta ke Thailand?
5 Dokument wajib:
Doc #1 : Passport RM 200/5 tahun
Doc #2 : Lesen Antarabangsa RM 150/1 tahun
Doc #3 : Geran kereta original
Doc #4 : Insuran kereta thailand RM 90/1 tahun @ RM 20/1 bulan
+ nombor plat thailand RM 15 (2 keping)
Doc #5 : Daftar kastam RM 5 sekali seumur hidup
Bonus #6 : Tiket Feri RM 5/kereta @ RM 0.60/orang
Note : Doc = Document
Langkah demi langkah masuk Thailand:
Langkah #1 : Buat passport RM 200 untuk 5 tahun di imigresen di UTC (Urban Tranformation Centre) setiap negeri. Anggaran siap 2 jam. 1 jam tunggu + 1 jam siap (Renew).
Note: Tak payah buat gambar. Imigresen ambik gambar free.
Langkah #2 : Terus ke JPJ di UTC buat International Driving Permit RM 150 untuk 1 tahun. Anggaran siap 1 @ 2 hari.
Note: Lesen expired kena lebih 1 tahun. Kalau kurang kena tambah 1 tahun.
Dokument dah lengkap...
Langkah #3 : Terus ke Jeti Feri JPJ Pengkalan Kubor, Kelantan. Cop passport keluar Malaysia di imigresen Malaysia.
Langkah #4 : Parking kereta dalam feri bayar RM 5/kereta. RM 0.60 seorang. Tunggu feri anggaran 1 jam.
10 minit Sampai Thailand...
Langkah #5 : Cop masuk Thailand di imigresen Thailand.
+ Kena isi borang masuk Thailand (mintak borang dengan pegawai imigresen Thailand)
Note i : Kalau malas tulis borang imigresen, bayar agen RM 5 diorang tuliskan.
Note ii : Kalau tulis sendiri, alamat lengkap tu tulis alamat hotel mana mana hotel dekat lokasi kita nak pergi. Alamat tak lengkap @ tak betul pegawai imigresen thailand suruh balik Malaysia... kuang ajo.
Boleh tiru alamat ini :
Takbai Lagoon Resort
311/2
Moo 7
Chehe Subdistrict, Tak Bai District
Narathiwat 96110
Thailand
Langkah #6 : Beli insuran kereta Thailand dalam kawasan bangunan imigresen Thailand. Bayar RM 90 untuk 1 tahun @ RM 20 untuk 1 bulan. Akan dapat sijil insuran. Anggaran siap 30 minit.
+ Beli nombor plat Thailand sekali seumur hidup RM 15 untuk 2 keping (tampal depan dan belakang kereta).
Langkah #7 : Daftar masuk kereta di kastam Thailand. Bayar RM 5 sekali seumur hidup. Kastam Thailand akan bagi kertas dokument kastam expired 1 bulan. Anggaran siap 45 minit.
Note i : Kastam thailand suruh bawak kereta dekat dekat diorang diorang nak tengok
Note ii : Sebelum keluar thailand nak masuk Malaysia kena serah dokument kastam thailand.
- Boleh keluar masuk thailand dalam tempoh 1 bulan tanpa serah dokument kastam.
- Jika serah dokumen selpas keluar kena daftar masuk dapat dokument free je.
- Jika tak serah denda RM 20 / satu hari lambat.
Langkah #8 : Cop askar depan kastam.
Langkah #9 : Itu je
"Selamat jalan. Jatuh bangun sendiri ye!" - Nik S.
Soalan dan jawapan
1. Boleh cakap bahasa Melayu ke kat sana?
Jawapan : Boleh je. Tak perlu risau sebab dari selatan hingga utara Bangkok, semua orang Islam boleh cakap Melayu, Melayu Kelantan la.
2. Ada ke restoran makanan Halal?
Jawapan : Ada banyak. Setiap daerah mesti ada restoran Halal Islam. Tegok je perempuan yang pakai tudung itu restoran Halal.
3. SIM kad apa terbaik kat sana?
Jawapan :
n
/
Ulasan
Catat Ulasan