Cara Pasang Perangkap Tikus Terbaik
Bagaimana Cara Guna Perangkap Tikus 100% Berkesan
Banyak tikus rumah korang?
Jom kita tangkap sama2.
Harap tips di bawah ini membantu...
Apa yang perlu disediakan :
1. Perangkap Tikus
2. Makanan @ umpan
3. Pelapik
Cara guna :
Langkah 1. Letak perangkap di lokasi utama laluan tikus
Langkah 2. Lapik guna pelapik telor atau surat khabar atau kertas.
Langkah 3. Masukkan makanan @ umpan kepala ikan goreng di penyangkut
Langkah 4. Betulkan pin penyangkut di hujung hujung
Langkah 5. Ubah keluar pin lock pintu perangkap
Langkah 6. Tunggu hasil
Itu je!
Anatomi :
1. Perangkap : Kena beli sangkar perangkap tikus jenis besi
2. Makanan @ umpan terbaik untuk perangkap tikus adalah kepala ikan goreng
Tips : Jangan bagi 1 ekor. Esok tengok tinggal kepala je. Kenyang tikus tu. Memang tak masuk la perangkap sepas nih. Habis la harta benda korang selama 1 minggu. Sangkut je kepala ikan goreng.
Bonus : Boleh juga guna roti gardenia. Kepal lumat hingga jadi bola.
3. Pin penyangkut umpan : hujung hujung
Masalah : kalau tak letak hujung, kepala ikan akan hilang esok hari. Melepas.
4. Pin lock penutup pagar : ubah ke luar
Masalah : Kalau letak ke dalam tikus boleh keluar sendiri. Memang bijak.
5. Pelapik : kertas telur @ surat khabar 2x lapik @ kertas A4 2x lapik.
Kenapa kena 2x lapik? Sebab tikus kencing merata. Aku dah experiment 1x lapik. Memang basah lantai. Jadi kena 2x lapik selamat lantai.
4 Penyebab Tikus Tidak Mau Masuk Perangkap :
Sebab # 1 - Salah lokasi letak perangkap
Ini Gambar lokasi hotspot dalam rumah aku. Korang kena cari sendiri la ye.
Penyelesaian : Letak tempat laluan utama tikus. Selepas 1 minggu tak masuk ubah lokasi lain sehingga tikus masuk. Selepas dah masuk perangkap. Letak di tempat sama. Itu lah laluan utama.
Sebab # 2 - Umpan dah lama sangat sampai kering
Penyelesaian : Selepas 3 hari tak makan tukar umpan baru.
Sebab # 3 - Salah beli perangkap
Masalah : Selalunya orang nak jimat beli yang jenis kayu empat segi. Perangkap ini memang tak berkesan. Aku dah try.
Penyelesaian : Kena beli jenis sangkar besi confirm berkesan.
Sebab # 4 - Tak basuh perangkap
Masalah : Perangkap bau bangkai. Sebab selalunya selepas tikus masuk perangkap kita tinggal dia sampai mati dan bau busuk. Bangkai dia melekat kat situ.
Bila tikus baru bau bangkai kawan dia, takkan di nak masuk perangkap ye dak ye?
Penyelesaian : Basuh dan jemur perangkap di tengah panas selepas guna. Buang bangkai yang melekat. Kadang2 kena basuh dan jemur 2, 3x hingga bangkai hilang.
Guna je lidi untuk buang bangkai tu. Boleh guna berus pakai buang atau surat khabar untuk basuh.
Kenapa Tikus Terlepas dari Sangkar?
Biasa tengok kan dah pasang perangkap esok hari umpan boleh hilang.
Pelik bin ajaib.
Jawapannya : setting sangkar tu salah.
Ini puncanya dan cara setting :
1. Umpan tu longgar - Bila longgar tikus tu tarik cenggitu je lepas tu terus cabut lari.
Setting : Pastikan umpan kalau guna kepala ikan tu cocok hingga tak longgar. Selalunya aku cocok dari bawah ke atas tengah kepala yang keras tu sampai tembus.
2. Pin sangkut umpan terlalu jauh - Bila jauh sangat tikus tarik umpan pin tak lepas hujung. Pintu tak tertutup. Jadi melepas.
Setting : Kena letak paling hujung. Supaya bila tikus tarik sikit pintu terus tutup.
3. Lock pin pagar kat bahagian dalam. Memang tikus boleh tolak pagar tanpa rasa bersalah.
Setting : Kena letak pin lock pagar ke luar supaya pin lock pagar akan jatuh automatik dan terus sangkut pagar tu.
Dah siap!
Itu je. Sekarang korang dah boleh yakin 100% memang menjadi setting aku nih.
Cara halau tikus dalam rumah?
Pernah dengar kan?
Sebenarnya kalau ikut pengalaman aku memang tak berkesan langsung.
Aku dah cuba macam2 cara seperti beli plug soket penghalau tikus la, tabur daun panda la, bakar asap penghalau tikus la.
Aku tengok hasil sama je. Aku tengok tikus. Tikus tengok aku. Ape ke hey.
Last last beli je sangkar perangkap tikus besi. Tak payah halau. Tangkap je senang. Tak pening kepala.
"Harap tips ini membantu. Kalau tanya aku 100% berjaya. Pengalaman aku dah 20 tahun tangkap tikus. Hahaha..." - Nik Saiful Bahri
Youtube :
Nak tahu lebih lanjut :
4 Penyebab Tikus Tidak Mau Masuk Perangkap?
Kenapa Tikus Terlepas dari Sangkar?
Cara halau tikus dalam rumah?
Untuk lebih detail artikel sila ke :
https://niksaifulbahri.blogspot.com/2022/07/cara-pasang-perangkap-tikus-terbaik.html
Yang benar,
Nik S.
Soalan dan jawapan :
1. Lepas tangkap tikus nak buat apa?
Korang jemur je tengah panas.
Pilihan lain... biarkan dia sampai mati dalam sangkar tu. Jangan sampai busuk dah la. Mati je terus buang.
2. Bangkai tikus nak buang kat mana?i. Kalau rumah flat masukkan ke dalam bag plastik kecik buang dalam tong sampah.
ii. Kalau rumah tanah luas tanam je dalam tanah.
n
/
Ulasan
Catat Ulasan