Baiki Sendiri Yamaha Ego S
Yamaha Ego S (Carburetor) Pengalaman Baiki Sendiri Motor Rosak
- Minyak Hitam -
Masalah 1 (Biasa) : Keluar sedikit asap putih di ekzos.
Masalah 2 (Luar Biasa) : Motor mati sendiri bila panas.
Masalah 3 (Teruk) : Motor bergerak 20 - 30 km/j. Ekzos keluar asap putih sepanjang masa banyak gilerr... asap bau busuk macam besi dan plastik terbakar. Sentiasa tambah minyak hitam kering.
Masalah 4 (Paling Teruk) : Tak bergerak terus. (Piston kering & calar teruk)
Sebab : Minyak hitam kering.
Tips Kerja (delivery) : Tukar minyak hitam 1 bulan sekali. Paling lama 2 bulan. Bulan 3 akan keluar asap putih.
Tips Kerja (biasa) : Tukar 3 bulan sekali. Paling lama 5 bulan. Bulan 6 akan keluar asap putih.
Tips jimat : Beli Semi Sintetik kerja delivery boleh lajak 4 bulan (2x jauh).
Tips paling jimat : Beli 4 Liter semi sintetik kereta (beli di shopee sederhana murah) boleh servis selama 1 tahun. (Servis sendiri je pastikan ada spare botol kosong minyak hitam dan minyak gear).
Note : Check 1 bulan sekali kalau minyak hitam kurang tambah je.
Masalah: Lambat tukar akan berat dan makan minyak petrol.
Penyelesaian (Biasa) : Servis je
Penyelesaian (Teruk) : General Overhaul. Angkat enjin. Pomen akan tukar piston + rebow head dan block.
Pomen cas (Servis) : RM 50 ++
Pomen cas (General Overhaul) : RM 1,000 ++
- Minyak Gear -
2x servis minyak hitam baru tukar minyak gear.
Tips paling jimat : Beli 4 Liter semi sintetik kereta (beli di shopee sederhana murah).
Tahu tak korang? Minyak gear dan minyak hitam boleh guna minyak sama. Jimat duit.
- Plug -
Masalah : Ekzos meletup. Pom pom pom.
Penyelesaian:
Sebab: Plug akan hitam penuh karbon petrol.
Petrol biasa - Tukar 3 bulan sekali.
Fuel additif - Tukar 1 tahun sekali.
Tips jimat: Malas tukar 3 bulan sekali. Gosok mata plug guna kertas pasir setiap 3 bulan sekali. Paling lama 6 bulan cuci. Ketuk sikit kepala plug lepas gosok. Boleh pergi 1 hingga 2 tahun wooo...
Pomen kata... plug kalu ok tak payah tukar sebab pin dia tak haus. Bila dah haus baru tukar.
Pomen cas: RM 5 +++
- Tanda tanda bila start susah hidup
- Mati sendiri tengah bergerak
- Ada api tapi tak nak hidup
- Lampu malap je
Kerja delivery - Tukar 1 tahun (max)
Kerja biasa - Tukar 2 tahun (max)
Pomen : RM 65 +++
- Brand Amaron OK (Shopee)
Masalah (Biasa) : Bunyi tikus dalam crankcase. Mula bergerak bunyi chit chit.
Masalah (Teruk) : Pulas minyak tak jalan (tali putus)
Check 6 bulan sekali : Haus, kendur, rekahan & putus.
Tukar : 1 tahun sekali
Tips jimat : Biarkan sampai putus. Hahaha. Lepas tu suruh member korang tunda. (tak digalakkan).
Tali belting Yamaha :
Ego S (Carburetor) - 5TL : Tali putih -
Ego S (Injection) - 54P : Tali hitam - akan kendur 1 tahun
Saiz 1.8 cm
Pengalaman aku : Kalau beli yang tiruan murah @ expired akan rosak 6 bulan.
RM 50 +++
Masalah : Motor bergerak sendiri semasa berhenti. Macam ada pocong tendang dari belakang. Hahaha...
Penyelesaian:
Motor guna kerja delivery - Tukar 6 bulan sekali.
Motor guna kerja biasa - Tukar 1 tahun sekali.
Pomen cas: RM 40 +++
Tips jimat : Selagi motor tak bergerak sendiri tak payah tukar.
Note: Kalau roller haus sebelah bermaksud puli belakang dah rosak.
Tips : 3 bulan sekali cek dan bersihkan
Amaran : Kebanyakan pomen gris dalam roller. Aku rasa tak sesuai. Macam cepat haus.
Masalah 1 (Biasa) : Motor bergerak sendiri semasa berhenti.
Masalah 2 (Teruk) : Roller cepat haus.
Masalah 3 (Paling Teruk) : Puli dalam dah patah sebab roller haus. Better tukar roller kalau dah nipis sangat sebab akan pecahkan puli.
Penyelesaian: Tukar 1 @ 2 tahun sekali.
Pomen cas: RM 120 +++
Masalah 1 (Teruk) : Motor bergerak sendiri semasa berhenti kurang 6 bulan.
Masalah 2 (Teruk) : Roller haus sebelah.
Masalah 3 (Teruk) : Puli depan haus sebelah.
Masalah 4 (Teruk) : Pulas minyak tak nak gerak laju. Bila laju je dia slow. Kena servis. Puli belakang dah kering gris dan berkarat.
Amaran : Bila puli belakang rosak akan rosakkan sekaligus puli depan dan roller akan haus sebelah.
Sebab : Gris kering.
Sebab : Spring keras @ pecah.
Penyelesaian i (jimat) : Servis je 3 bulan sekali. Paling lama 6 bulan.
Penyelesaian ii (kalau banyak duit @ dah teruk sangat) : Tukar 4 @ 5 tahun sekali.
Pomen cas: RM 220 +++
- Murah - brake nipis, spring rendah
- Mahal - brake tebal, spring tinggi
Masalah : Bau minyak petrol. Minyak petrol bocor @ melimpah. Apa hal... baru isi pagi full full, petang dah kering. Pergi balik kerja je.
Sebab: Motor asyik jemur tengah panas. Kesian dia. Hose merekah la.
Penyelesaian: Tukar 1 @ 2 tahun sekali. (Bila kena je)
Pomen cas: RM 15 +++
Masalah : Bocor minyak hitam bawah motor.
Sebab: Oil ring kan getah. Bila kena panas dia akan kering dan mengecut.
Penyelesaian: Tukar 1 @ 2 tahun sekali. (Bila kena je)
Pomen cas: RM 20 +++
- Starter Motor Ego S-
Masalah #1 (biasa) : Bunyi besi dengan besi berlaga semasa start enjin. Krekk krekk.
Masalah #2 (teruk) : "ON" enjin, lampu meter menyala. Bila start, enjin senyap je macam kena buasir.
Penyelesaian: Tukar 3 tahun sekali. (Bila kena je)
Pomen cas: RM 80 +++
Masalah 1 : Tengah bawak motor relax syok layan lagu... tiba-tiba enjin mati sendiri. Rehat sekejap lepastu boleh hidup balik. Macam ada benda lalu. Hahaha...
Masalah 2 : Paling popular, enjin mati bila minyak dilepaskan.
Test : Cocok wire coklat. Karen masuk ada nyala test pen.
Penyelesaian: Tukar 5 tahun sekali. (Bila kena je)
CDI biasa : 100 km/h (cut off) @ 9k rpm
CDI Racing : No cut off. Max speed.
Pengalaman 3x tukar
Aku rasa : Pakai coil racing + cdi biasa akan rosak 1 tahun.
Pomen cas: RM 120 +++
Fungsi start engine. Menyimpan tenaga dan meletup plug.
Bagaimana kita hendak tahu CDI kita sudah rosak?
Mudah, antaranya ialah enjin tidak lancar, pemasaan atau timing tidak sekata, enjin tidak hidup, satu silinder tidak berfungsi dan
Check api : CDI > Coil plug > Plug
23 jun 2021 tukar cdi. Tiba tiba mati sendiri. Start hidup. Tak boleh hidup sebab tak ada api. Test karen masuk tapi tak boleh keluar.
Servis Minyak Hitam
Lokasi 1 - Skrew sebelah stand kaki
Lokasi 2 - Bawah engine skru besar (berbunga), ada spring dan filter.
- Bukak box saiz 14
* Sliding T bar + box socket + L box handle
- Minyak 750 ml - cantik
- Minyak 800 ml - penuh
- Bukak box saiz 12
- Lokasi skrew buang : bawah gear rapat kabel brake
- Bila langgar bumper bunyi besi besi berlaga
- Bocor minyak di absorber
Pengalaman - Lepas beli 3 bulan bocor. Apa daa..
RM 60
Pernah tak motor korang baru tukar batteri. Tiba2 bateri habis. Haaa... alat ini lah puncanya.
Fungsi utama : Cas batteri
Convert Alternator current (AC) to Direct Current (DC)
Masalah :
- Tak boleh cas bateri (3x tukar bateri dalam tempoh 3 bulan) yang ini pomen pemalas cek satu2.
- Lampu asyik terbakar
- Lampu malap
- Masalah : Pulas minyak pendek @ sikit je boleh pulas. Tali dah kendur.
Tukar 7 tahun sekali (bila rosak je)
RM 40
Terbaik = Cosway AutoMax Nano
RM 24
120 ml = 600 Liter
1st use 1 ml = 3 Liter
2nd use 1 ml = 5 Liter
Stp fuel injection and carburetor cleaner RM 13
155 ml = 21 Gallon = 80 Liter
- Rim Tayar Bocor -
Punca : Kotor @ karat. Sebab guna air gam tayar menyebabkan karat rim
Penyelesaian 1 : Cuci
Penyelesaian 2 : Gam gasket antara rim dan tayar
Cara Pasang Fuel Filter Ego S
Valve Tappet Adjuster
Alat nih fungsi dia untuk betul valve @ tepet.
Panggilan untuk betul valve :
Orang KL panggil "adjust tepet".
Di Kelantan mereka panggil "beto bar". Kalau aku nak kena translate ke kay.. ell bermaksud "betul valve".
Pengalaman motor aku ego s selalu bocor setiap 2, 3 tahun sekali :
Masalah : Ring bahagian bawah head dah kering dan retak. Bocor 2, 3 tahun sekali.
Masalah i : Isi penuh minyak petrol sebelum pergi kerja. Lepas parking balik kerja minyak dah kering.
Masalah ii : Bau minyak terkeluar dan menitik.
Punca: Fuel host ke karburetor keluar minyak petrol sebab keras dan merekah.
Penyelesaian : Tukar fuel host baru.
Masalah bocor : Fuel host bocor bau dan terkeluar minyak petrol.
Lain lain
Pomen Motosikal di Puncak Damansara Kondo
Nombor contact kedai ini adalah 0176555303
Masalah : motosikal fi saya ni baru beli tak sampai 6 bulan dan ada masalah semput - semput dan kadang - kadang ia akan mati. Jatuh 2x.
Penyelesaian : RESET balik ECU motosikal
Mentol
32W32W (standard) - Sedikit malap, lambat terbakar 1 - 2 tahun, jimat batteri
25W25W - Lebih terang, mudah terbakar 6 - 1 tahun, makan batteri
n
/
Ulasan
Catat Ulasan