Catatan

Tunjukkan catatan dari 2022

Mengajar Renang di Home Beach Village Resort

Imej
H ari ini 7 August 2022 ajar renang seorang orang Kelantan kerja di Jepun. Balik Kelantan sementara.  Boleh renang freestyle. Nak belajar breast stroke je. Aku lepas mengajar renang Student nama Harshaz Kolam sewa untuk public RM 10 seorang Bilik store dan maintenant kolam renang Bilik sewa Chalet sewa Taman permainan Dewan sewa Dewan sewa agak besar jugak Pondok rehat tepi sungai Pintu masuk kaunter receptionist Sign board kaunter receptionist Ada kayak. Mungkin boleh sewa Kaktus menarik nih Pintu masuk Peta bumi Peta gps Result mengajar renang hari ini 95%. Result agak tinggi sebab student dah boleh renang freestyle.  Hanya kena repair sikit lagi je breaststroke.  Repair 1. Kaki waktu tutup kena ada seni sikit sambil tutup kaki tutup tapak kaki sekaligus.  Repair 2. Waktu kick kena kick di permukaan air.  Start mengajar 10.15 pagi. Habis 12.15 tengah hari.  Student jumpa iklan belajar renang di shopee. Lepas belajar nak bayar di shopee. Shopee tak ada option pembayaran. Mungkin diora

Terim Kasih Pembaca

Imej
Terima Kasih dan Selamat Datang Ke Blog Nik Saiful Bahri Semoga anda semua sihat sentiasa. Blog ini adalah blog peribadi penulis. Menceritakan tentang info peribadi, masalah peribadi, masalah semasa, masalah yang tak pernah ada penyelesaian, kehidupan, masa depan, berita, tutorial, note dan lain lain.  Penulis suka menulis masalah dan penyelesaian. Penulis sentiasa mengharapkan ada penyelesaian setiap masalah.  Tetapi dalam realiti hidup yang sebenar dan pengalaman penulis kebanyakan masalah tak ada penyelesaian disebabkan politik.  Politik sentiasa menghalang ekonomi negara dan ekonomi rakyat. Menjadi tak stabil. Emm.. Kadang-kadang penulis rasa nak masuk campur dalam urusan politik yang sentiasa tak berubah.  Penulis sentiasa nakkan perubahan baru dan penyelesaian yang instant pantas.  Kita hidup dalam dunia ini bukan lama. Hanya sementara. Kita nak juga merasai nikmat hidup di dunia ini.  Tetapi...  Entah la Penulis suka menulis. Pernah berimpian untuk jadi penulis professional. Tet

Bank Islam Pencuri

Imej
Bank Islam Pencuri Kalau tanya aku, aku tak rasa bank islam nih betul betul bank islam. Bank ini lebih teruk dari kafir laknat.  Ada 3 kes kecurian dari pengalaman aku : 1. Buku bank aku, mak dan adik kena curi oleh pegawai bank sendiri. Mak aku nak keluarkan duit dari bank PKNS Shah Alam. Bawak 3 buku bank. Pegawai bank tu nama Mahathir (nama sebenar) kata duit tak ada dalam bank (Niat dia memang nak curi duit dalam buku bank tu). Dia suruh tinggalkan buku bank untuk serahkan ke bank negara. Dia suruh datang balik selepas 1 minggu. Selepas 1 minggu mak aku pergi bank nak jumpa Mahathir nih. Orang dalam tu kata dia dah berhenti. Buku hilang duit pun hilang pencuri tu pun hilang. Best gile jadi pencuri tak ada siapa yang peduli. 2. Aku bukak akaun untuk zakat. Kena deposit RM 50. Selepas 1 tahun aku nak tutup akaun sebab tak lulus zakat. Aku tengok ada RM 10 je. Aku cakap mana yang lain? Pegawai bank kata cas RM 20 setiap 6 bulan. Jadi RM 40 setahun diorang curi duit rakyat. Gile. Duit

Baiki Sendiri Yamaha Ego S

Imej
Yamaha Ego S (Carburetor) Pengalaman Baiki Sendiri Motor Rosak -  Minyak Hitam - Masalah 1 (Biasa) : Keluar sedikit asap putih di ekzos. Masalah 2 (Luar Biasa) : Motor mati sendiri bila panas. Masalah 3 (Teruk) : Motor bergerak 20 - 30 km/j. Ekzos keluar asap putih sepanjang masa banyak gilerr... asap bau busuk macam besi dan plastik terbakar. Sentiasa tambah minyak hitam kering. Masalah 4 (Paling Teruk) : Tak bergerak terus. (Piston kering & calar teruk) Sebab : Minyak hitam kering. Tips Kerja (delivery) : Tukar minyak hitam 1 bulan sekali. Paling lama 2 bulan. Bulan 3 akan keluar asap putih. Tips Kerja (biasa) : Tukar 3 bulan sekali. Paling lama 5 bulan . Bulan 6 akan keluar asap putih. Tips jimat : Beli Semi Sintetik kerja delivery boleh lajak 4 bulan (2x jauh). Tips paling jimat : Beli 4 Liter semi sintetik kereta (beli di shopee sederhana murah) boleh servis selama 1 tahun. (Servis sendiri je pastikan ada spare botol kosong minyak hitam dan minyak gear). Note : Check 1 bu

Cara Pasang Perangkap Tikus Terbaik

Imej
Bagaimana Cara Guna Perangkap Tikus 100% Berkesan Banyak tikus rumah korang? Jom kita tangkap sama2. Harap tips di bawah ini membantu... Apa yang perlu disediakan : 1. Perangkap Tikus 2. Makanan @ umpan 3. Pelapik Cara guna : Langkah 1. Letak perangkap di lokasi utama laluan tikus Langkah 2. Lapik guna pelapik telor atau surat khabar atau kertas. Langkah 3. Masukkan makanan @ umpan kepala ikan goreng di penyangkut Langkah 4. Betulkan pin penyangkut di hujung hujung Langkah 5. Ubah keluar pin lock pintu perangkap Langkah 6.  Tunggu hasil Itu je! Anatomi : 1. Perangkap : Kena beli sangkar perangkap tikus jenis besi 2. Makanan @ umpan terbaik untuk perangkap tikus adalah kepala ikan goreng Tips : Jangan bagi 1 ekor. Esok tengok tinggal kepala je. Kenyang tikus tu. Memang tak masuk la perangkap sepas nih. Habis la harta benda korang selama 1 minggu. Sangkut je kepala ikan goreng. Bonus : Boleh juga guna roti gardenia. Kepal lumat hingga jadi bola. 3. Pin penyangkut

Cara Masuk Duit Baru RM50 ke Cash Deposit Machine (CDM) Berkesan

Cara Masuk Duit Baru RM50 ke Cash Deposit Machine (CDM) 90% Berkesan Duit Baru RM50 tak boleh masuk CDM? Ini caranya... > Hanya keronyok duit hingga lumat < Itu je Cara nih 90% berkesan Masalah i : Punca duit RM50 tak boleh masuk cdm sebab design dia lari sikit Masalah ii (teruk) : Teknih ini tak berkesan untuk duit yang rosak teruk, terkoyak atau berlubang. Hanya duit baru je.  Selamat mencuba!  "Pengalaman 17 tahun." - Nik S Peringatan : Video tutorial ini guna duit kertas je. Takut kena kecam dengan Youtube atau BNM.  #MasukDuitBaruRM50CDM #DuitBaruRM50Rosak  n /

Astro Pembunuh

Imej
Sale... Aku tak pernah terfikir untuk kerja sale.  Sebab sale kena jumpa orang dan kena pandai bercakap. Aku tak ada semua itu.  Aku tak tahu nak bercakap dengan manusia. Bila orang tanya sepatah aku hanya boleh jawab sepatah.  Jumpa orang... aku rasa penat dan kena jemur panas terik matahari. Aku tak nak.  Aku masih kerja hotel. Bagi aku, aku boleh kumpul duit yang banyak dalam tempoh yang singkat.  Aku gembira kerja hotel.  Satu hari...  Ada seseorang yang tak suka aku kerja sale. Katanya kerja itu tak elok dan kelas rendah. Tiba2 aku rasa kecewa.  Aku baca buku luar negara dari orang yang kaya dan berjaya. Mereka kata untuk jadi kaya kena kerja sale.  Aku dapat idea. Ya... aku patut kerja sale.  Aku terus pergi 7e beli surat khabar.  Terus bukak halaman kerja. Aku cari dan gunting semua kerja sale yang ada.  Ada banyak kerja.. yang mana aku patut pilih.  Dah tentu aku pilih gaji paling tinggi RM 8,000 sebulan.  Aku terus telefon. Katanya ada kerja kosong boleh interview esok.  Esok

Ketam Nipah Jantan dan Betina

Imej
  Beza ketam nipah jantan dan betina Jantan : Bahagian bawah tajam @ bentuk v terbalik Betina : Bentuk bawah bulat

Beza Lokan Jantan dan Betina

Imej
  Kiri jantan dan kanan betina Suka lokan?  Lokan jantan - Bahagian tengah bawah melengkung Lokan betina - Bahagian tengah bawah sama Masak terbaik 5 bintang : Bakar atas arang sehingga semua cengkerang terbukak.  Masak terbaik 4 bintang : Rebus je sehingga semua cengkerang terbukak.  Cara makan terbaik : Tuang pencicah colek thai cap ayam dalam cengkerang. Lepas tu perah lemon atas tu. Lepas tu makan. Tebaik!  Lokasi lokan terbaik : Pasar depan Muzium Wau Pantai Tujuh, Tumpat, Kelantan "Selamat menikmati nikmat makan lokan bakar + colek + lemon. Perghhh!"  - Nik S.  n / 

Cara Mematikan Voice Mail Telco Telefon Anda

Nak buang voice mail? Tahukah anda, berapakah kadar caj setiap kali masuk voice mail! Pemanggil dikenakan caj untuk setiap kali call yang tidak dijawab & disambut oleh voice mail / sistem peti mel suara. Syarikat telco membuat keuntungan berjuta ringgit dari servis ini. Cara mematikan / buang voice mail, sila dial : Free je... Celcom – ##002# -> Tekan call Tune Talk – ##002# -> Tekan call Halo – ##002# -> Tekan call Umobile – ##002# -> Tekan call ONEXOX – ##002# -> Tekan call RedOne – ##002# -> Tekan call Digi – *128*1*10*1*5# -> Tekan call Maxis – ##109# -> Tekan call Itu je Dah siap! Android dan iphone sama cara. Setting direct ke telco.  Sila sebarkan untuk bantu sahabat2 kita jimatkan kredit / bil telepon. Jom buang / matikan voicemail ni, jangan bagi diaorang makan duit kita percuma. Jangan tunggu lagi terus buat dan sebarkan. Note : Nak daftar Halo telco sila wasap saya 0105263211 . Free je. n /

Bawak Kereta ke Thailand Naik Feri Di Pengkalan Kubor Kelantan Ke Tak Bai 2019

Nak bawak kereta ke Thailand?  5 Dokument wajib: Doc #1 :  Passport RM 200/5 tahun Doc # 2 :  Lesen Antarabangsa RM 150/1 tahun Doc # 3 :  Geran kereta original Doc # 4 :  Insuran kereta thailand RM 90/1 tahun @ RM 20/1 bulan + nombor plat thailand RM 15 (2 keping) Doc # 5 :  Daftar kastam RM 5 sekali seumur hidup  Bonus # 6 :  Tiket Feri RM 5/kereta @ RM 0.60/orang Note : Doc = Document Langkah demi langkah masuk Thailand: Langkah #1 : Buat passport RM 200 untuk 5 tahun di imigresen di UTC (Urban Tranformation Centre) setiap negeri. Anggaran siap 2 jam. 1 jam tunggu + 1 jam siap (Renew).  Note: Tak payah buat gambar. Imigresen ambik gambar free. Langkah #2 :   Terus ke JPJ di UTC buat International Driving Permit RM 150 untuk 1 tahun. Anggaran siap 1 @ 2 hari. Note: Lesen expired kena lebih 1 tahun. Kalau kurang kena tambah 1 tahun. Dokument dah lengkap... Langkah #3 :   Terus ke Jeti Feri JPJ Pengkalan Kubor, Kelantan. Cop passport keluar Malaysia di imigresen Malaysia. Langkah #4 :