Astro Pembunuh

Astro Pembunuh

Sale...


Aku tak pernah terfikir untuk kerja sale. 


Sebab sale kena jumpa orang dan kena pandai bercakap. Aku tak ada semua itu. 


Aku tak tahu nak bercakap dengan manusia. Bila orang tanya sepatah aku hanya boleh jawab sepatah. 


Jumpa orang... aku rasa penat dan kena jemur panas terik matahari. Aku tak nak. 


Aku masih kerja hotel. Bagi aku, aku boleh kumpul duit yang banyak dalam tempoh yang singkat. 


Aku gembira kerja hotel. 


Satu hari... 


Ada seseorang yang tak suka aku kerja sale. Katanya kerja itu tak elok dan kelas rendah. Tiba2 aku rasa kecewa. 


Aku baca buku luar negara dari orang yang kaya dan berjaya. Mereka kata untuk jadi kaya kena kerja sale. 


Aku dapat idea. Ya... aku patut kerja sale. 


Aku terus pergi 7e beli surat khabar. 


Terus bukak halaman kerja. Aku cari dan gunting semua kerja sale yang ada. 


Ada banyak kerja.. yang mana aku patut pilih. 


Dah tentu aku pilih gaji paling tinggi RM 8,000 sebulan. 


Aku terus telefon. Katanya ada kerja kosong boleh interview esok. 


Esok aku terus pergi pejabat dia untuk interview. 


Katanya kerja mudah je... dok rumah hantar surat. 


Senang nye buat sale. Hanya dok rumah hantar surat. 


Ok aku setuju. 


Sebelum kerja kena bayar dulu RM 500 untuk bahan2 promosi. 


Aku rasa tak sedap hati. Nak kerja kena keluarkan duit. Tapi dalam otak aku kalau aku dapat gaji RM 8,000 - RM 500 = RM 7,500 aku masih untung. 


Aku pun setuju dan bayar. Aku terus dapat bahan promosi dan belajar cara2 kerja hantar surat. Senang je. 


Setiap hari aku buat selama 2 bulan. Aku rasa pelik dah 60 hari kerja 1 pun tak ada jualan. 


Aku baca surat khabar ada satu artikel menarik. Penipu surat berantai. Tiba2 aku rasa macam sama macam aku kerja. 


Dah sah aku kena tipu.. kerja aku adalah hantar surat berantai.


Sebelum kerja aku memang dah kumpul semua maklumat syarikat penipu itu. 


Aku terus ke Tribunal Tuntutan Pengguna. Mereka kata kes aku boleh dituntut. 


Aku kena hantar surat tuntutan RM 500 ke penipu itu dan penipu itu kena hadir ke mahkamah tribunal. 


Di hari perbicaraan.. 


Penipu itu tidak hadir. 


Mahkamah tribunal suruh aku hantar surat tuntutan kali ke 2 beserta nombor akaun aku. Jika dia tidak bayar, mahkamah akan mengambil tindakan yang lebih berat. 


Aku check akaun ada RM 450. Bagi aku ok la aku tak rugi banyak. Tapi rugi masa dan duit selama 2 bulan kerja. Kes ditutup. 


Aku pun terus cari kerja sale yang lain RM 20,000 sebulan. Memang menarik. 


Hari interview dia kata kerja aku hanya perlu jual vakum sahaja. Vakum harga RM 5,000. Aku akan dapat gaji RM 1,000 satu bijik. Jadi aku perlu jual 20 bijik je sebulan.


Selepas 3 bulan kerja... ada seorang pembeli. 


Aku pergi bank cek gaji... 


RM 500... 


... selama 3 bulan kerja. 


Aku tanya kenapa RM 500? Sepatutnya RM 1,000. Dia kata aku perlu jual minimum 3 bijik untuk dapat minimum RM 1,000 sebijik. Sah penipu. Waktu interview tak cakap pun. 


Aku terus berhenti. Duit dah nak kering 5 bulan kerja gaji RM 500 je. 


Cari kerja lain.. kena cari kerja betul kali ini. 


Bukak surat khabar. Ada kerja. Kerja jual emas gaji RM 15,000 sebulan. Ok la bagi aku mana ada orang menipu jual emas. 


Waktu interview dia kata aku hanya perlu cari 10 orang je untuk dapat RM 15,000 sebulan. Kerja aku mudah je hanya telefon orang setiap hari. Rupanya telemarketing. 


Selepas 3 minggu aku dapat 10 orang. Bos kata gaji aku hanya RM 1,000 je akhir bulan. Dia kata company masih baru selepas 10 tahun baru boleh dapat RM 15,000 sebulan. Gila ke apa bos tu umur dah 73 tahun dah nak mampos esok lusa. Kenapa aku perlu tunggu 10 tahun lagi. Aku jem otak sekejap. Kena tipu lagi. Terus berhenti tanpa dapat gaji sebab berhenti tak cukup 1 bulan. Gile. 


Cari lagi kerja.. 


Gaji RM 50,000 sebulan. Kerja jual rumah. Jual rumah ada ke kena tipu? 

Macam mustahil. Aku try... 


Waktu interview leader tu kata comfirm boleh dapat RM 50,000 hanya jual 10 bijik rumah je. Ok. 


Selepas 6 bulan training... sebijik pun tak ada orang nak beli. 


Rumah projek kondo RM 500,000. Dalam otak aku mana ada rakyat ada duit RM 5,000 sebulan untuk beli rumah tu. 


Semua orang yang aku jumpa dan call hanya bajet RM 300,000 je. 


Aku teringat waktu training. Leader tu kata 1st rumah yang dia jual adalah rumah sub. Rumah second. Kenapa dia suruh jual rumah projek? 


Tak boleh jual dan tak ada pembeli. Mampos. Gagal lagi. 


Patut ke aku berhenti sale? Aku tak rasa sale dalam negara ini boleh untung. 90% confirm rugi dan bertambah rugi. 


Aku rasa semua syarikat dalam negara ini penipu. 


Tak boleh percaya lagi iklan surat khabar. 


Aku mula cari gaji RM 2 @ 3 riban je dulu.. 


mungkin tak menipu macam gaji puluh ribu tu. 


Aku cuba lagi dengan perasaan kecewa dengan kerja sale ini... 


Bukak surat khabar... 


Ada iklan kerja sale gaji RM 2k - RM 5k. Menarik minimum RM 2k nampak logik macam tak menipu. Paling tinggi RM 5k nampak logik jugak. 


Syarikat luar negara...


Syarikat itu ada logo di kereta F1. Gile ah. Syarikat APPCO. 


Waktu interview dia kata syarikat ini tak ada produk dan tak ada servis yang dijual. Aku rasa jem. Macam mana nak untung kalau tak ada produk atau servis. 


Rupanya syarikat ini hanya ajar sistem sale... cara buat sale yang berjaya. 


Setiap hari training indoor sale sebelum pergi kerja outdoor. 


Bulan pertama... gaji aku RM 1,000

Bulan ke 2... gaji aku RM 2,000

Bulan ke 3... gaji aku RM 3,000

Bulan ke 4... gaji aku hampir RM 4k


Aku berjaya!


Pertama kali dalam hidup aku, aku rasa berjaya dan aku tahu bagaimana buat sale. 


Bulan seterusnya gaji lebih kurang itu je. 


Aku rasa memang kerja ini limit setakat itu je kot. 


Darah muda... 


Dalam otak aku macam mana nak dapat gaji RM 4,000 sebulan pada tahun depan?


Banyak buku aku baca. Buku tu kata kena cari mentor. 


Memang betul waktu aku kerja APPCO leader aku tahu buat RM 4k - RM 5k. Jadi kalau dia ajar aku pun aku boleh buat hingga maksimum RM 3k ++ je. 


Aku ada idea. Apa kata aku cari manager gaji RM 15,000 sebulan. Kalau dia ajar aku, kemungkinan aku boleh dapat minimum RM 10,000 sebulan. 


Kali ini aku tak nak manager interview aku. Aku yang akan interview manager samaada dia layak mengajar aku atau tidak. Berlagak gile aku. 


Bukak lagi surat khabar


Gaji minimum RM 4,000 ASTRO. Itu je dalam iklan. Simple. 


Fuh memang tepat aku nak gaji tu. Syarikat billion. Mesti banyak duit. 


Jumpa manager yang buat iklan tu. Dengan berlagak aku suruh dia tunjuk depan aku statement gaji dia bulan lepas. Dia tunjuk aku... 


RM 15,000


Fuh... gile ah. Memang boleh percaya 100%.


Waktu interview kali ke 2 kena jumpa manager dan region manager. Mereka kata gaji minimum RM 4k hingga RM 6k. Gile ah minimum tu........


Ok aku join. 


Selepas 3 bulan training tukar baju dari biru ke kuning. Ikat kontrak. 


Bulan pertama baju kuning aku boleh dapat full gaji. 


Aku pun terus full swing kerja 16 - 18 jam sehari tanpa rehat tanpa cuti. 


Selepas sebulan. 


G cek gaji... 


Sebelum cek gaji dalam otak dah kira. Kalau aku dah dapat 120 sale bermaksud gaji aku RM 12,000. 


Pergi ATM... 


Tengok baki... 


RM 2,500


1st time seumur hidup aku aku rasa down dan stress. 


Mana gaji aku RM 12,000 tu? Mana gaji minimum RM 4,000 tu? Adakah syarikat billion pun menipu jugak. Sial lah. 


Aku dah rugi RM 3,800 untuk dapatkan RM 12,000 tu. 


Bulan pertama gaji aku.. aku dah rugi RM 1,300 gile ah. Orang pergi kerja untung. Aku pergi kerja rugi. Sial lah. Astro masih hutang aku RM 9,500 mengikut 1st contrak. 


Syarikat billion boleh berani menipu dan tak bayar gaji pekerja. Gile ah. Aku macam tak percaya. 


Aku terus report ke manager. Manager kata itu masalah syarikat. Aku terus buat report ke P. P tak bagi buat report. Dia suruh pergi pejabat buruh. Mereka pulak suruh buat karangan format novel. Gile ke apa? Buat report kena tipu gaji je kot. Kenapa perlu buat karangan? 


Teruk. Memang teruk. Penjenayah dilindungi, mangsa diketepi. Sayang! 


Beberapa bulan selepas itu 2 orang top sale mati. 


Punca kematian... 


Aku pernah buat sale salah seorang si mati tu. 


Aku tanya dia berapa gaji sebulan. Dia kata RM 7,000. Komitment RM 4,000 sebulan. Maksudnya dia boleh menyimpan RM 3,000 sebulan. Ok. 


Aku terus boleh tahu buat kiraan sale dia sebulan 70 sale. 


Kalau aku kena tipu sale 120 gaji RM 2,500. Bermaksud gaji dia separuh dari gaji aku iaitu RM 1,300 sebulan. Macam mana dia nak bayar komitment RM 4,000 tu? Gile ah. 


Sayang... mereka mati sia2. 


Astro Pembunuh





Nik S. 


n


/




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cyborg Arsenal Football Artwork By Vladislav Ociacia

Bank Islam Pencuri